Masalah keputihan sering berlaku pada wanita dan masalah keputihan ini menyebabkan rasa ketidakselesaan di kalangan wanita yang mengalaminya :
- Kebanyakan wanita akan menghasilkan mukus di pertengahan kitar haid, iaitu pada lebih kurang 2 minggu selepas haid habis. Waktu ini adalah bertepatan dengan waktu ovulasi dari ovari. Keadaan ini biasanya boleh menyebabkan masalah keputihan iaitu terdapat sedikit kelembapan di bahagian sulit wanita tersebut dan masalah keputihan pada wanita dalam keadaan ini banyak bergantung pada jumlah hormon oestrogen yang dikeluarkan.
- Ketika mengandung, cecair masalah keputihan yang keluar berkemungkinan adalah lebih kerap dan banyak.
- Pengambilan pil perancang boleh menyebabkan wanita mengalami cervical erosion yang menyebabkannya merasa ‘basah’. Pengguna alat IUD juga adalah lebih terdedah kepada masalah keputihan bagi wanita .
- Semasa wanita terangsang dari secara seksual dan juga waktu selepas melakukan hubungan kelamin juga adalah didapati ada masalah keputihan wanita di mana ada cecair vagina yang keluar.
- Masalah keputihan juga boleh berlaku ketika menghadapi tekanan perasaan (stress).
- Wanita penghidap kencing manis adalah lebih kerap untuk mengalami masalah keputihan ini.
- Keputihan wanita boleh juga berlaku apabila vagina mengalami alahan kepada bahan seperti spermicides, pewangi dsb.
Masalah keputihan di atas adalah perkara yang normal. Kebiasaannya cecair tersebut adalah agak jernih (ataupun sedikit putih), lembut (licin) serta tidak ada bau. Keputihan wanita ini akan berubah warna kepada sedikit kuning apabila terdedah pada udara atau bila kering. Keadaan ini sebenarnya menyebabkan vagina menjadi sihat serta berupaya mengekalkan keasidan vagina.
Keputihan wanita yang tidak normal
Tanda-tanda yang biasanya mudah dilihat bagi menentukan masalah keputihan wanita tidak normal ialah dengan melihat perubahan pada warna, jumlah serta bau cecair tersebut. Masalah keputihan tidak normal biasanya menyebabkan gatal yang amat sangat, di samping vagina menjadi merah, rasa pedih atau rasa terbakar semasa kencing dsb.