10 punca penyakit gastrik yang perlu diketahui

Apa itu penyakit Gastrik ?

ubat gastrik berkesan

Penyakit Gastrik atau Gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut.

10 Punca penyakit gastrik

Disini dikongsi 10 dari punca-punca biasa berlakunya penyakit gastrik.

1. Pesakit tidak menjaga waktu makan dengan betul atau skip meal

Apabila badan memerlukan makanan, signal akan dihantar ke otak dan otak akan menghatar signal ke bahagian perut untuk merembeskan asid gastric. Jika tiada makanan di dalam perut maka asid gastrik tersebut akan menghakis permukaan dinding perut. Kejadian ini akan berulang-ulang, lama-kelamaan permukaan dinding perut akan menipis dan apabila sampai ke tahap itu pesakit akan mengalami sakit di bahagian ulu hati.

2. Tekanan/stress

Apabila stress berlaku, asid gastric akan dirembeskan di dalam perut dan ianya boleh menyebabkan gastritis dalam jangka masa yang panjang.

3. Pengambilan ubat-ubat penahan sakit seperti ponstan dan voltaren dalam jangkamasa yang panjang

4. Sejenis kuman iaitu Helicobacter Pylorii

5. Merokok

6. Makanan pedas

Makanan pedas adalah lambat dan sukar untuk dicerna dan oleh yang demikian perut akan merangsang lebih banyak rembesan asid perut untuk tujuan mencernakannya di dalam perut. Ini menjelaskan mengapa makanan seperti cili dan lada mampu meningkatkan kesan thermal makanan (lebih kalori diperlukan untuk mencernakannya, sekaligus meningkatkan metabolisma.

7. Makanan masam

Makanan yang terlalu masam juga meningkatkan kesan asid terhadap dinding perut. Ini meningkatkan kebarangkalian untuk terjadinya gastrik.

8. Makanan berminyak/berlemak (kecuali minyak zaitun)

Makanan berlemak juga agak sukar untuk dihadam, justeru perut akan merangsang lebih banyak asid ke dalam perut untuk tujuan pencernaan

9. Pengambilan alkohol yang kerap dan berlebihan

10. Penyakit autoimmune

sistem immunisasi yg sepatutnya berperanan sbg ketahanan bdn terhadap penyakit tlh menyerang sel2 di permukaan dinding perut dan menyebabkan kurang penghasilan asid, enzim dan mukus oleh sel tersebut.

3 thoughts on “10 punca penyakit gastrik yang perlu diketahui”

  1. Pingback: Rawatan gastrik hpa secara herba | Saudagar Cyber

Comments are closed.