Penyakit darah tinggi

Penyakit darah tinggi merupakan suatu keadaan di mana seseorang itu menghadapi peningkatan tekanan darah di atas garisan normal yang biasanya ditunjukkan oleh angka systolic (bagian atas) dan angka bawah (diastolic) semasa pemeriksaan tekanan darah yang menggunakan alat pengukur tekanan darah baik yang berupa cuff air raksa (sphygmomanometer) ataupun yang menggunakan alat-alat digital yang lain.

Angka normal tekanan darah bagi seseorang yang mempunyai ukuran tinggi badan, berat badan, tingkat keaktifan normal dan kesihatan secara umum adalah pada 120/80 mmHG. Dalam aktiviti sehari-hari, tekanan darah normalnya biasanya adalah pada nilai angka stabil. Tetapi secara umum, angka pemeriksaan tekanan darah akan menurun semasa tidur dan akan meningkat pada waktu beraktiviti atau berolahraga.

Apabila seseorang itu menghadapi tekanan darah tinggi dan tidak mendapatkan penawar darah tinggi dan pengawalan secara teratur, maka perkara ini mungkin boleh membawa penderita kepada keadaan-keadaan yang serius dan kadangkala boleh menyebabkan kematian. Tekanan darah tinggi yang berterusan juga boleh menyebabkan jantung seseorang itu bekerja lebih keras, yang akhirnya boleh membawa kepada keadaandimana terjadinya kerosakan pada pembuluh darah jantung, ginjal, otak dan mata. Penyakit darah tinggi ini juga merupakan penyebab umum terjadinya stroke dan serangan jantung.

Tekanan darah tinggi atau Hipertensi dikenali dengan 2 jenis klasifikasi, iaitu Hipertensi Primary dan Hipertensi Secondary :

Hipertensi Primary

Hipertensi Primary merupakan suatu keadaan dimana terjadinya tekanan darah tinggi sebagai akibat dari gaya hidup seseorang dan faktor persekitaran. Seseorang yang mempunyai cara pemakanan tidak dijaga dan menyebabkan terlebihnya berat badan atau mungkin obesiti, merupakan pencetus awal untuk seseorang itu terkena penyakit darah tinggi.

Begitu pula sesorang yang berada dalam persekitaran atau keadaan stress sangat mungkin terkena penyakit tekanan darah tinggi, termasuk orang-orang yang kurang beriadah pun boleh mengalami tekanan darah tinggi.

Hipertensi Secondary

Hipertensi secondary adalah suatu keadaan dimana terjadinya peningkatan tekanan darah tinggi sebagai akibat daripada seseorang itu menderita penyakit lainnya seperti kegagalan jantung, kegagalan ginjal, atau kerosakan sistem hormon tubuh. Selain itu,bagi Ibu yang mengandung, tekanan darah secara umumnya akan meningkat pada waktu kehamilan berusia 20 minggu. Terutama pada wanita yang berat badannya di atas normal atau gemuk.

Pregnancy-induced hypertension (PIH), ini merupakan istilah perubatan bagi wanita hamil yang menderita tekanan darah tinggi. Keadaan Hipertensi pada ibu mengandung  adalah sederhana ataupun tergolong parah/berbahaya, Seorang ibu hamil dengan tekanan darah tinggi boleh mengalami Preeclampsia pada masa kehamilannya itu.

Preeclampsia adalah keadaan seorang wanita hamil yang mengalami tekanan darah tinggi, sehingga merasakan kesan seperti pening, sakit kepala, gangguan penglihatan, sakit perut, muka yang membengkak, kurang nafsu makan, mual bahkan muntah. Apabila terjadi kekejangan sebagai kesan darah tinggi maka disebut Eclamsia.

—> Ubat darah tinggi berasaskan Air Zam-zam, klik sini