6 punca penyakit GOUT yang perlu diketahui

Penyakit gout adalah merupakan bengkak sendi yang mana ia bermula pada tapak ibu jari kaki, kemudian menular ke sendi lain pada kaki dan tangan. Ia biasanya menyebabkan penghidapnya berasa sangat sakit hingga ada yang tidak dapat berjalan.

Penyakit gaut adalah disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan. Asid urik adalah merupakan bahan kumuh berasal daripada sejenis protein yang dipanggil purin. Badan manusia secara normal akan membuang bahan kumuh seperti asid urik ini melalui pembuangan air kencing.

Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul dalam sendi. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.

Sila ke —> ubat penyakit gout

Berikut adalah 6 daripada punca-punca yang boleh menyebabkan berlakunya penyakit gout. Jika ada antara punca tersebut dalam diri kita, kita perlu peka jika terdapat sebarang tanda tanda gout supaya penyakit gout dapat dikesan pada peringkat awal dan mendapatkan ubat gout yang sepatutnya.

1. Gaya hidup yang tidak sihat — Mereka yang banyak mengambil minuman keras terutamanya bir dikatakan lebih berisiko mendapat sakit gout

2. Obesiti / kegemukan — Terutama bagi mereka yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.

3. Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat — Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) boleh juga menyebabkan sakit gout.

4. Mereka yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba dan terlantar lama boleh juga mengalami peningkatan dalam paras asid urik dalam badannya. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit.

5.  Genetik — Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.

6. Sakit gaut juga biasa dikaitkan dengan tabiat pemakanan tidak sihat dan seimbang. Pastikan makan mengikut keperluan pyramid makanan

Di atas adalah senarai punca penyakit gout secara umum. Jika ada antara factor-faktor tersebut ada dalam diri kita, pastikan sentiasa berwaspada. Jika mempunyai tanda tanda gout , segeralah mendapatkan nasihat daripada doktor untuk membuat pengesahan. Pengesanan pada peringkat awal tentunya dapat mengelakkan keadaan lebih buruk dan terus mendapatkan rawatan secara moden atau ubat sakit gout herba.