Penghidap kencing manis akan mencapai 5 juta orang ?

Mengikut Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Infrastruktur, Pengangkutan dan komunikasi Negeri, beliau telah mengingatkan tentang terdapatnya 1.8 juta atau sembilan peratus rakyat negeri ini yang sedang menghidapi penyakit kencing manis pada masa ini. Mengikut perangkaan, pada 2020, dijangka lima juta rakyat Malaysia akan menghidapi penyakit kencing manis.

Daripada statistik kes tersebut, dijangka terdapat lebih separuh akan turut memberi kesan pada organ lain yang mungkin akan mengakibatkan sakit jantung, buah pinggang, lumpuh dan rabun mata, jika sekiranya tiada rawatan diberikan. Jawapan kepada masalah ini untuk mengelakkan kesan lebih buruk ialah melalui program pencegahan awal. Disamping itu, gaya hidup sihat perlu juga diamalkan oleh masyarakat dengan mengekalkan keperluan pengambilan makanan seimbang.

Penyakit kencing manis berlaku apabila badan kita tidak dapat lagi mengawal penggunaan gula melalui cara normal yang biasanya akan menyebabkan kerosakan pembuluh-pembuluh darah di dalam tubuh. Jika ini membawa kepada kerosakan ginjal, ‘diabetic nephropathy’ akan berlaku.

Selain itu, kadar gula yang agak tinggi di dalam darah adalah merupakan antara tanda utama penyakit kencing manis. Ini berlaku hasil daripada kurangnya hormon insulin yang dihasilkan dalam pankreas. Tubuh kita tidak mampu untuk melakukan metabolisme glukosa dengan baik tanpa hormon insulin. Sedangkan proses metabolisme diperlukan agar dapat diserapkan oleh sel-sel tubuh menjadi tenaga.

>> Ubat kencing manis HPA, klik sini

4 thoughts on “Penghidap kencing manis akan mencapai 5 juta orang ?”

  1. Why Modern People Need GTF Supplement?

    Tension, abnormal lifestyle, over-working, pregnancy, obesity, aging, alcoholism, surgery or diseases are lead to enormous loss of Glucose Tolerance Factor (GTF) in the body. Insufficient GTF supplementation and increased losses, it is not surprised that more and more people are suffering from varoius civilized disease.

    Meant modern people require extra GTF supplement.
    visit : http://www.putraonline.com/diabetes/index.html

  2. Pingback: Penyakit Kencing Manis – Ambil Ubat « Tips Kesihatan & Maklumat Penyakit
  3. Pingback: Penghidap kencing manis akan mencapai 5 juta orang ? « Tips Kesihatan & Maklumat Penyakit

Comments are closed.