6 cara pemakanan untuk elak KANSER

sumber : sihatkaya.com

Antara cara yang paling efektif bagi mencegah sel kanser dari membiak dan aktif ialah dengan mengambil makanan yang mempunyai nutrisi seimbang dan menghindarkan makanan yang boleh menyebabkan kanser. Antaranya seperti :-

1) Gula adalah pencetus utama kanser. Kurangkan pengambilan gula berlebihan dalam makanan harian. Gantikan pengambilan gula dengan madu (dalam jumlah kecil). Pengambilan garam juga boleh digantikan dengan garam laut (sea salt).

2) Susu adalah pengedar mukus / mucus (sejenis lendiran yang berasid) ke dalam badan melalui laluan usus. Mucus adalah agen pencetus kanser untuk aktif. Kurangkan pengambilan susu terutama sekali susu soya (kerana kandungan mucus dalam susu soya amat tinggi).

3) Kanser juga boleh menjadi aktif melalui makanan yang berasid. Kurangkanlah pengambilan daging merah yang merupakan makanan berasid (contoh : seperti daging lembu). Dan lebihkan makan makanan yang kurang asid seperti ikan segar dan ayam.

4) Kita memerlukan diet 80% makanan seimbang nutrisi dari sayur segar atau jus, bijirin, kekacang, oat dan buah-buahan dalam badan. Manakala 20% lagi adalah dari makanan yang di masak. Makanan segar membantu menyisihkan lemak dalam badan dan menghasilkan se-sel sihat. Digalakkan untuk makan sayur-sayuran dan buah-buahan segar 3 kali sehari.

5) Elak daripada mengambil kopi, teh dan coklat berlebihan kerana ianya mengandungi kafein (caffeine). Gantikan dengan minuman teh hijau sekali sehari. Minum air bersih yang dimasak atau air tapisan (mineral water) lebih 8 gelas sehari. Jangan minum air terus daripada paip, ini amat merbahaya kerana air paip mengandungi banyak asid yang bernama klorofin.

6) Pengambilan makanan tambahan / supplement seperti minyak ikan, anti-oxident, vitamin, mineral, EFA (Essential Fatty Acid) boleh merangsang daya ketahanan badan untuk menghalang pembiakan sel kanser dalam badan.