Gastrik adalah sakit di bahagian pangkal perut (epigastric), berdekatan dengan pintu bukaan atau injap sempadan ( Lower Esophageal Sphincter atau LES) yang menghubungkan perut dengan esofagus (salur untuk udara dan makanan).
Definisi Gastrik yang sebenar mengikut ahli perubatan adalah bermaksud “perut”. Ini bermaksud istilah sebenar yang merujuk kepada sakit di bahagian pangkal perut adalah mungkin samada “gastrik ulcer” yakni luka dalam perut atau “gastritis” iaitu “inflamasi/kemerahan pada dinding perut. Ini sekaligus merujuk kepada beberapa variasi penyakit yang berlaku di sekitar kawasan yang sama (pangkal perut) tetapi berbeza mekanisma seperti GERD (Gastroesophageal reflux disease, acid reflux).
PUNCA SEBENAR GASTRIK
Gastrik sebenarnya berpunca dari ketidakseimbangan asid dalam perut yang naik ke atas bahagian perut sehingga menyebabkan berlakunya inflamasi atau kemerah-merahan pada lapisan mukosa di bahagian berkaitan. Dalam keadaan tertentu apabila rembesan asid berlebihan (hyperacidity) mengatasi kekuatan lapisan mukosa, akan berlakulah iritasi/keradangan dan mengakibatkan rasa sakit di bahagian tersebut. Jika keradangan melampau atau lapisan mukosa yang tercedera itu terdedah pada asid perut yang berlebihan untuk tempoh masa yang lama (contohnya sakit itu datang dan pergi dengan kerap dalam masa seminggu), ini boleh menyebabkan berlakunya luka (gastric ulcer)
Disebabkan itu terdapat petua tradisional gastrik yang berkesan untuk mengubati keadaan ini. Anda tak perlu gusar kerana gastrik boleh hilang dengan sendirinya tetapi memakan masa yang agak lama untuk sembuh. Jom kita lihat petua tradisional bagi mengubati masalah gastrik ini :
1. Titikkan tiga titik getah betik muda ke dalam segelas air panas. Suamkan air tersebut dan kemudian minum selepas sarapan pagi.
2. Bersihkan kunyit. Setelah itu, parut atau kisar kunyit tersebut. Campurkan dengan sedikit air masak lalu ditapis. Tambahkan sedikit madu dan sebaiknya masukkan sebiji kuning telur. Minum campuran ini dan Insya-Allah gastrik anda akan beransur hilang.
3. Campurkan sedikit buah tamar dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli yang segar. Kemudian minumlah dua kali sehari.
rujukan : http://jompetua.com/petua-merawat-gastrik/#more-485
Jika masih tidak menjadi, sebelum menggunakan kaedah moden, lebih baik menggunakan kaedah herba semulajadi. Maklumat lanjut sila klik bawah gambar: