Gejala penyakit asma

Apakah itu asma?

Asma adalah satu penyakit radang sistem pernafasan yang kronik, di mana salur pernafasan menjadi:

  • Merah.
  • Bengkak.
  • Menghasilkan lendir berlebihan.
  • Mudah terangsang (hypersensitive).
Rawatan asma berasaskan minyak kelapa dara

>> http://klik4sihat.biz/penyakit-asma/ <<

Ramai orang dewasa dan kanak-kanak menghidap penyakit ini, malah menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) hampir 300 juta masyarakat dunia dari semua peringkat umur dan latar belakang menghidap asma. Dianggarkan angka ini akan meningkat sebanyak 100 juta menjelang 2025. Malah, WHO menganggarkan kematian akibat asma akan meningkat sebanyak 20 peratus dalam masa 10 tahun jika langkah serius tidak diambil. Hasil kajian terbaru juga menunjukkan Asia Pasifik mencatatkan tahap ketidakhadiran ke sekolah yang lebih tinggi akibat kawalan asma yang kurang memuaskan berbanding Amerika Syarikat atau Eropah.Apabila terdedah kepada rangsangan atau faktor pencetus, salur pernafasan menjadi sempit dan ini menyebabkan kesukaran bernafas. Tahap serangan asma berubah mengikut masa bergantung kepada pendedahan terhadap pencetus dan ubat kawalan asma.

Di Malaysia, 52 peratus daripada kanak-kanak tidak hadir ke sekolah akibat asma mereka yang disebabkan masalah seperti kegiatan fizikal, sosial dan mengalami gangguan tidur. Lebih mengejutkan, 67 peratus daripada kanak-kanak terbabit tidak menerima sebarang rawatan.
Menurut Pengerusi Majlis Asma Malaysia, Dr Norzila Mohamed Zainudin, penyakit asma semasa kecil adalah satu penyakit respiratori kronik paling lazim kerana dianggarkan seorang bagi setiap 10 kanak-kanak di Malaysia menghidap asma.

Gejala penyakit asthma

Gejala Penyakit asma mempunyai tanda tersendiri, antaranya :

  • Pernafasan berbunyi terutama diwaktu mengeluarkan nafas. Tidak semua penghidap asma memiliki pernafasan yang berbunyi, dan tidak semua orang yang nafasnya berbunyi adalah penghidap asma.
  • Sesak nafas akibat penyempitan saluran pernafasan.
  • Batuk berpanjangan pada waktu malam hari atau cuaca sejuk.
  • Penghidap mengadu merasakan dada menjadi sempit.
  • Serangan asma yang teruk boleh menyebabkan penghidap tidak dapat berbicara karena kepayahan dalam mengatur pernafasan.

Pada usia kanak-kanak, gejala awal dapat dikesan seperti rasa gatal dirongga dada atau leher. Semasa serangan penyakit asma, rasa gelabah yang berlebihan dari penghidap boleh memburukkan lagi keadaan. Sebagai reaksi terhadap kecemasan, penghidap juga biasanya akan mengeluarkan banyak peluh.