Pemanis stevia merupakan pemanis berasaskan sumber semulajadi generasi baru yang telah mula dikomersilkan. Pemanis stevia berasaskan pokok stevia yang merupakan spesis pokok herba dari keluarga bunga matahari dan ianya sangat sesuai dijadikan penghias penutup bumi. Pokok stevia ini berasal dari Amerika Selatan. Di Malaysia pula pokok yang menghasilkan pemanis stevia ini juga dipanggil sebagai Pokok Gula disebabkan kemanisan pemanis stevia ini setanding gula. Ia juga turut dikenali sebagai sweetleaf ataupun sweet herb.
Pokok stevia yang matang akan menghasilkan biji benih, bagaimanapun kadar percambahan biji benih pokok pemanis stevia ini amat rendah dan pembiakan pokok ini kebiasaanya menggunakan keratan batang. Rasa manis pemanis stevia pada daun stevia ini adalah disebabkan oleh kandungan bahan aktif stevioside dan rebaudioside. Bahan-bahan aktif ini adalah stabil di suhu tinggi hingga 200°C serta mempunyai nilai pH stabil yang menjadikannya pemanis stevia yang hebat.
Rakyat Jepun telah 20 tahun menggunakan pemanis stevia samada sebagai perisa makanan atau pemanis semulajadi. Boleh dikatakan hampir kesemua produk makanan yang dikeluaran Jepun contohnya seperti jeruk, minuman ringan, coklat menggunakan pemanis stevia sebagai pemanis semulajadi bagi menggantikan gula pasir. Syarikat pengeluar Coca Cola kini juga telah mula menggunakan pemanis stevia sebagai ganti kepada NutaSweet dan Sakarin bagi menghasilkan minuman tersebut.