Simpton penyakit asma

SIMPTOM-SIMPTOM

Tanda-tanda dan simptom penyakit asma adalah berbeza mengikut peringkat kurang membimbangkan(minor) sehinggalah kepada peringkat yang sudah teruk(severe). Dan ia juga berbeza bagi setiap pesakit. Anda mungkin mengalami desahan(bernafas yang menghasilkan bunyi seperti siulan) yang tidak teratur kerana serangan asthma yang kadang-kadang.Namun ketika tidak diserang, anda berasa normal dan tidak bermasalah untuk bernafas seperti biasa. Mungkin juga anda mempunyai tanda-tanda dan simptom-simptom seperti batuk-batuk dan desahan sepanjang masa atau lebih ketara pada waktu malam atau ketika bersenam.

TANDA-TANDA DAN SIMPTOM
  1. pernafasan yang pendek
  2. sakit-sakit dada
  3. sukar untuk tidur kerana permasalahan pada pernafasan yang pendek, batuk atau desahan
  4. bunyi desahan(seakan siulan) yang kuat ketika menghembuskan nafas sehingga boleh didengar
  5. batuk dan desahan yang menjadi lebih teruk ketika dijangkiti virus pada sistem pernafasan seperti selsema, mahupun demam

Tanda-tanda Asthma mungkin bertambah teruk seperti :

  1. serangan asthma yang semakin teruk apabila kekerapan mendapat serangan bertambah
  2. kerap kali memerlukan alat untuk mengendurkan otot-otot pada laluan pernafasan.(untuk membuka laluan pernafasan)

dapatkan nasihat doktor anda untuk kembalikan tahap asthma yang tidak membimbangkan yang boleh dikawal.Jika serangan asthma masih lagi bertambah buruk, anda berkemungkinan untuk dimasukkan ke rawatan kecemasan.

Selain perubatan moden, terdapat juga pelbagai penawar asma di pasaran yang berasaskan sumber semulajadi . Ini juga adalah adalah pilihan cara perubatan untuk mengubati asma yang dihadapi.

>> herba untuk asma <<