Darah tinggi atau hipertensi adalah merupakan pembunuh paling kejam pada abad ini. Walaupun penyakit darah tinggi seringkali tidak menunjukkan gejala atau simtom, ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit yang boleh membunuh seperti penyakit jantung, strok dan buah pinggang.
Kategori Tekanan Darah
Tekanan darah yang normal adalah bila berada di sekitar 120/80mmHg manakala tekanan darah yang boleh dikategorikan sebagai tekanan darah tinggi adalah apabila mencapai 140/90mmHg. Jika tekanan darah seseorang berada di antara 120-140 untuk sistolik dan 80-90 untuk diastolik, maka ianya disebut sebagai pre-hipertensi. Ini bukan hanya sekadar angka, kerana tekanan darah tinggi boleh membunuh anda tanpa sebarang tanda atau amaran.
Darah tinggi juga adalah merujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.
Statistik Penghidap Tekanan Darah Tinggi
Di Malaysia,
tekanan darah tinggi merupakan masalah umum di mana-mana, menurut Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia, Datuk Dr. Azhari Rosman, 30 Peratus penduduk Malaysia menderita hipertension iaitu bersamaan dengan 1 daripada 3 rakyat Malaysia berusia 30 tahun ke atas menghidapinya.
Bayangkan cuma 6 daripada 100 orang dapat mengawal tekanan darah mereka. Bagaimana pula dengan nasib 64 orang yang lain??
Dan yang lebih membimbangkan lagi, hanya 1 daripada 5 orang, bersamaan dengan 23% rakyat Malaysia yang menghidap tekanan darah tinggi sedang mengambil ubat.
Persatuan Hipertensi Antarabangsa meramalkan bahawa sehingga 42 peratus daripada penduduk dunia atau hampir 1 daripada 2 orang dewasa akan menghidap penyakit hipertensi menjelang tahun 2020. Fakta yang sungguh menakutkan!!
Masyarakat perubatan dan orang ramai mesti mengubah sikap mereka terhadap bahaya masalah ini dan menyedari keperluan merawat hipertensi secara agresif di peringkat awal.
Risiko Tekanan Darah Tinggi Pada Anda
Menurut Dr Muhammad Yamin, Sp.Jp (K), FACC, FSCAI, ahli kardiovaskular dari Eka Hospital, hipertensi merupakan salah satu faktor terjadinya jantung koroner. Pesakit yang hipertensinya tidak terkawal akan mengalami penebalan (hipertropi) otot jantung kiri. Jika ini berlaku dalam jangka waktu yang lama, akan membuat jantung tertekan sehingga kekuatannya menurun. Jika dibiarkan tanpa rawatan, ianya dapat menyebabkan serangan jantung bahkan boleh mengundang kematian!!
Kerana fatalnya akibat dari hipertensi, pesakit seharusnya mengawal tekanan darahnya. Selain boleh menyebabkan penyakit jantung, hipertensi yang tidak terkawal juga boleh menyebabkan aorta koyak mendadak, pendarahan di otak, atau pecah pembuluh darah di retina mata.
1 thought on “Darah tinggi pembunuh senyap”
Comments are closed.