8 jenis makanan yang perlu dielak oleh pesakit GOUT

klik sini –> ubat gout tradisional

Penyakit gout berlaku disebabkan oleh urik asid yang berlebihan dalam darah. Mendapan kristal urik asid (monosodium urate) pada persekitaran sendi ataupun di dalam sendi menimbulkan keradangan yang boleh menyebabkan sakit sendi.

Metabolisma dan pengendalian urik asid yang tidak seimbang, samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya, mengakibatkan urik asid yang berlebihan.

Selain menggunakan rawatan sakit gout yang bersesuaian, perkara lain yang penting untuk penghidap sakit gout ialah untuk mengelakkan atau mengurangkan makanan yang biasa dikaitkan dengan penyakit gout.

  • KEKAPIS (KERANGAN)

Perlu mengurangkan pengambilan makanan laut sewaktu mengalami serangan. Cukup sekadar pengambilan setakat 4-6 auns sehari. Ini adalah kerana sumber makanan ini kaya dengan purin, yang mana akan diuraikan menjadi asid urik.

  • DAGING MERAH

Tidak semua daging mengandungi kandungan purin yang sama. Sebagaimana diketahui daging putih lebih baik berbanding daging merah. Seperti mana yang kita semua tahu, daging putih lebih baik daripada merah. Akan tetapi, sesekali menikmati daging merah tidak mengapa. Jika anda ingin makan, pilihlah daging lembu berbanding ayam belanda dan kambing.

  • AYAM BELANDA

Ayam Belanda dan angsa mengandungi kandungan purin yang lebih tinggi berbanding lain-lain jenis makanan. Jadi, ELAKKANNYA! Ayam (selain ayam Belanda) dan itik merupakan pilihan paling selamat. Daging di bahagian kaki adalah lebih baik berbanding dada dan kulit.

  • MINUMAN MANIS

Elakkan meminum minuman manis dengan sirap jagung yang kaya dengan fruktosa seperti soda atau minuman buah-buahan. Ini kerana pemanis merangsang tubuh menghasilkan lebih banyak asid urik.

  • HERRING

ELAKKAN sama sekali herring, begitu juga dengan tuna dan ikan bilis. Sebaliknya udang, udang kara, belut dan ketam agak selamat untuk dimakan oleh anda.

  • BIR

Bagi penghidap GOUT, anda akan menghadapi dua kali ganda masalah. Ini kerana, bukan meningkatkan paras asid urik, malah menyukarkan sistem perkumuhan menyingkirkannya dari tubuh.

  • ASPARAGUS

Asparagus, bunga kubis, bayam dan cendawan kaya dengan purin jika dibandingkan dengan lain-lain jenis sayuran. Namun, anda masih boleh mengambilnya dengan kadar sepatutnya.

  • HATI

Organ dalaman seperti hati, buah pinggang dan pankreas PATUT DIELAKKAN sama sekali.

Semoga dengan mengurangkan atau mengelakkan dari makanan-makanan di atas dapat mengurangkan atau mengawal masalah sakit gout yang dihadapi. Selain itu teruskan mengamalkan ubat penyakit gout yang sesuai samada secara moden atau ubat tradisional penyakit gout .

Sila ke —> ubat gout