Sila ke : 57 testimoni Buasir
# Jangan bazirkan wang yang telah anda keluarkan untuk beli ubat !
# Tanpa amalan pemakanan yang baik, buasir anda boleh datang balik, walaupun telah sembuh lepas ambil ubat. Teruskan membaca …..
Di antara perkara yang perlu dititikberatkan oleh pesakit buasir adalah mengenai pantang larang untuk mempercepatkan proses penyembuhan dan juga untuk mengelakkan penyakit buasir datang kembali selepas sembuh.
Biasanya bila sebut pantang larang, ia adalah perkara yang dilarang untuk dilakukan. Tapi kat sini saya letak juga beberapa pengamalan baik yang boleh diamalkan. Antara pengamalan pantang larang yang boleh diikuti ialah :
- Amalkan memakan sayur kangkung pada setiap hari, jika ada kesan sampingan kangkung pada angin badan, masukkan halia dan bawang putih ke dalam masakan kangkung.
- Banyakkan memakan buah-buahan dan sayuran yang mempunyai kandungan serat yang tinggi supaya melembutkan najis.
- Kurangkan memakan makanan yang pedas.
- Elakkan dari melakukan aktiviti seperti mengangkat beban yang terlampau berat, atau senaman yang memberi tekanan pada bahagian abdomen (aktiviti seumpama ini menyebabkan kita berada dalam keadaan meneran dan ini tidak bagus bagi pesakit buasir).
- Elakkan buang air kecil atau besar secara mencangkung. Gunakan tandas duduk
- Hentikan merokok
- Nenas,keladi,kacang(tidak pasti semua jenis kekacang or yg tertentu sahaja)
- Elak minum teh,kopi atau alkohol
Perkongsian di atas saya dapat daripada internet, semoga menjadi serba sedikit panduan awal kepada pesakit buasir dan supaya seboleh-bolehnya dapat mengelakkan dari terpaksa melalui proses perawatan buasir seperti dibawah.
Produk BUASIR berasaskan BAHAN Semulajadi
Saya telah menjual produk buasir HPA sejak 2009. Alhamdulillah, banyak feedback positif daripada pengguna ubat buasir ini.
Untuk maklumat lanjut, sila klik link di bawah gambar di atas.