Ubat buasir ialah rawatan dalam bentuk krim, suppository, ubat oral, atau herba yang membantu kurangkan sakit, bengkak, gatal, dan pendarahan akibat buasir. Rawatan boleh didapati di farmasi, secara tradisional, atau melalui preskripsi doktor.
Buasir ialah masalah yang menyakitkan, memalukan, dan boleh mengganggu kehidupan seharian. Ia boleh muncul tiba-tiba β sakit semasa membuang air besar, gatal, atau pendarahan.
Isi kandungan
ToggleJenis rawatan Buasir Yang Ada Di Pasaran
1. Ubat Buasir di Farmasi
Ubat farmasi membantu legakan sakit, gatal dan bengkak dengan cepat. Antara jenis paling biasa:
(a) Krim atau Salap
Disapu pada buasir luaran.
Termasuk hydrocortisone, lidocaine, zinc oxide dan witch hazel untuk kurangkan radang, pedih dan iritasi.
(b) Suppositori (ubat masuk dubur)
Ubat berbentuk peluru kecil untuk buasir dalaman. Membantu melincirkan rektum dan mengecutkan bengkak dari dalam.
(c) Ubat makan (Oral)
Termasuk flavonoid venotonic (diosmin + hesperidin) untuk kuatkan salur darah dan stool softener untuk elak meneran.
(d) Pad/Tisu Medicated
Mengandungi witch hazel untuk kurangkan pedih dan memudahkan pembersihan tanpa geseran.
Kesan cepat, tapi selalunya bersifat sementara. Tidak sesuai untuk jangka panjang.
Untuk lebih detail, sila ke artikel lengkap mengenaiΒ ubat buasir di farmasi .Β
2. Ubat buasir tradisional atau herba
Diperbuat daripada bahan semula jadi seperti:
Horse chestnut, witch hazel, aloe vera, atau ramuan herba tempatan.
Ada dalam bentuk kapsul, teh, air herba, salap atau minyak.
- Ada juga herba buasir yang telah dibotolkan secara moden supaya mudah digunakan serta dalam dos yang terkawal. Sebenarnya dah wujud herba buasir dibotolkan sejak hampir 30 tahun seperti ubat buasir tradisional HPA
Kelebihan:
Lebih lembut pada sistem badan
Sesuai untuk rawatan jangka panjang
Ramai pilih kerana kurang kesan sampingan
boleh juga ke artikel : Berbaloi Cuba Ubat Buasir Tradisional? Kelebihan, Risiko & Alternatif untuk lebih detail mengenai ubat buasir tradisional
3. Rawatan buasir di Hospital
Untuk buasir yang dah teruk (peringkat 3 dan 4), rawatan di hospital mungkin diperlukan:
Ikatan gelang getah (rubber band ligation) β ikat buasir sampai kecut dan tanggal.
Laser atau pembedahan β buasir dibuang terus (hemorrhoidectomy atau stapler surgery).
Biasanya hanya dilakukan jika ubat biasa tidak lagi berkesan atau buasir sangat besar. Untuk lebih lanjut mengenai rawatan buasir klinik dan hospital sila ke artikel rawatan buasir hospital
4. Rawatan buasir di rumah (Home Remedies)
Rawatan buasir di rumah biasanya sesuai untuk buasir tahap ringan dan boleh membantu kurangkan sakit serta bengkak tanpa perlu ubat kuat. Antara cara yang biasa diamalkan:
Sitz bath β rendam kawasan dubur dalam air suam 10β15 minit, bantu lega sakit.
Ais / cold compress β tuam untuk kurangkan bengkak.
Pelembut najis β elakkan sembelit dan meneran.
Diet serat tinggi & minum air secukupnya β pastikan pencernaan lebih lancar.
Sesuai diamalkan setiap hari sebagai pencegahan dan sokongan rawatan utama.
5. Rawatan buasir Alternatif / Komplementari
Selain ubat buasir moden, ada juga rawatan alternatif yang dicuba oleh sebahagian pesakit buasir. Walaupun keberkesanannya masih terhad dari sudut kajian saintifik, ada yang melaporkan ia membantu:
Akupunktur β dipercayai membantu aliran darah dan kurangkan sakit.
Homeopati β ubat titik atau pil kecil, popular dalam rawatan alternatif.
Refleksologi / urutan β sesetengah percaya ia baik untuk peredaran darah.
6. Suplemen Moden
Suplemen moden biasanya diambil untuk menyokong kesihatan usus dan saluran darah, serta mengurangkan risiko buasir berulang. Antara yang biasa digunakan:
Fiber tambahan β psyllium husk, inulin, wheat bran.
Probiotik β mengekalkan keseimbangan bakteria usus untuk sistem penghadaman yang sihat.
Vitamin & flavonoid β seperti vitamin C, rutin, diosmin, dipercayai menguatkan dinding saluran darah dan kurangkan keradangan.
Sesuai diambil jangka panjang sebagai pencegahan, digabungkan dengan gaya hidup sihat.
Penawar Buasir Berdarah
Buasir yang berdarah biasanya berlaku bila saluran darah di dubur pecah akibat tekanan ketika membuang air besar. Darah yang keluar selalunya berwarna merah segar, dan walaupun ia biasa berlaku pada peringkat tertentu, ramai pesakit rasa cemas bila nampak darah.
Ubat buasir berdarah biasanya berfungsi untuk:
Mengurangkan keradangan dan bengkak.
Menghentikan pendarahan ringan.
Memberi kelegaan cepat daripada sakit atau pedih.
Jika pendarahan terlalu banyak atau berterusan, sebaiknya dapatkan pemeriksaan doktor untuk pastikan bukan masalah kesihatan lain.
π Baca panduan penuh tentang ubat buasir berdarah untuk faham dengan lebih detail
Penawar Buasir Paling Berkesan ?
Ramai yang tertanya-tanya, apakah ubat buasir paling berkesan untuk melegakan sakit, gatal, dan bengkak dengan cepat. Sebenarnya, keberkesanan bergantung pada tahap buasir dan juga jenis rawatan yang digunakan sama ada ubat sapu, suppositori, atau ubat makan.
Untuk penjelasan yang lebih lengkap, anda boleh rujuk panduan penuh, apa itu dikatakan ubat buasir paling berkesan.
Juga boleh baca ; Bezakan Ubat Buasir Tradisional dan Moden β Panduan Lengkap untuk Pesakit, untuk perbezaan ubat buasir tradisional dan moden.
Dalam halaman tersebut, kami kongsikan pilihan ubat popular di farmasi, rawatan herba, serta tip bagaimana memilih ubat yang sesuai dengan keadaan anda.
FAQ Rawatan Buasir
1. Apakah itu buasir dan adakah ia berbahaya?
Buasir ialah pembengkakan saluran darah di bahagian dubur atau rektum. Ia boleh menyebabkan rasa sakit, gatal, atau pendarahan ketika membuang air besar. Secara umum, buasir tidak mengancam nyawa, tetapi jika dibiarkan tanpa rawatan ia boleh menjadi lebih serius dan mengganggu kualiti hidup.
2. Adakah semua buasir perlukan pembedahan?
Tidak. Kebanyakan kes buasir boleh dirawat dengan perubahan gaya hidup, seperti pemakanan tinggi serat, minum air secukupnya, dan penggunaan ubat sapu atau supositori. Pembedahan biasanya hanya disyorkan untuk buasir yang besar, berulang, atau tidak sembuh dengan rawatan biasa.
3. Bagaimana cara mencegah buasir daripada berulang?
Pencegahan boleh dilakukan dengan mengekalkan tabiat membuang air besar yang sihat, elakkan meneran terlalu lama, banyakkan makan buah dan sayur, serta kekal aktif dengan bersenam. Minum air yang mencukupi juga membantu melembutkan najis dan mengurangkan tekanan pada saluran darah di dubur.
4. Macam mana nak kecutkan buasir luar dengan cepat?
Buasir luar biasanya menyebabkan rasa sakit dan bengkak di kawasan dubur. Untuk kecutkan buasir luar, anda boleh gunakan rawatan semula jadi seperti rendaman air suam, pek ais, dan ubat topikal. Boleh baca panduan penuh Cara Nak Kecutkan Buasir Luar . Juga boleh baca artikel petua tradisional untuk kecutkan buasir luar .
Penutup
Buasir bukan sesuatu yang perlu diderita lama. Gunakan ubat buasir yang selamat , jaga pemakanan, dan dapatkan rawatan awal. Ramai yang dah berjaya kecutkan buasir dalam masa beberapa hari sahaja.