Semua orang tahu dan faham bahawa mencegah itu lebih baik dari merawat, tetapi tidak ramai antara kita yang ambil kisah sangat tentang langkah-langkah pencegahan sesuatu penyakit sehingga mereka diserang sesuatu jenis penyakit. Malah ramai pesakit-pesakit yang telah mengalami dan menderita penyakit buasir tidak mengendahkan sangat tentang teramat penting nya tentang mencegah dan mengawal perkara-perkara yang boleh membawa kepada penyakit buasir.
Di sini saya dedahkan antara 7 perkara yang perlu kita sama-sama elak untuk mencegah penyakit buasir:
1. Batuk, cirit-birit dan sembelit yang dialami perlu dirawat seawal mungkin. Masalah yang berpanjangan boleh membawa kepada masalah buasir.
2. Menjaga corak pemakanan yang sihat. Sentiasa banyakkan mengambil makanan kaya dengan fiber seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
3. Jika perlu duduk dalam jangka masa yang panjang, cuba bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap 1 jam
4. Ketika mengangkat sesuatu atau ketegangan,hembuskan nafas keluar, jangan tahan nafas.
5. Amalkan tabiat buang air besar yang baik. Jangan mengambil masa yang lama dalam tandas. Pastikan najis sentiasa lembut dengan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
6. Bersenam dan Olahraga dapat membantu mencegah sembelit yang merupakan antara penyebab utama buasir
7. Elakan ’meneran’ terlalu kuat semasa membuang air besar, ini dapat dicegahkan dengan memastikan najis anda sentisa lembut dan juga dengan duduk secara ’mencangkung’ semasa membuang air besar. Membuang air besar secara duduk adalah tidak melancarkan proses defekasi dan anda perlu meneran lebih kuat untuk mengeluarkan semua najis anda.
Sembelit adalah merupakan salah satu sebab utama buasir. Oleh itu antara cara pencegahan atau cara untuk elakkan sembelit lagi teruk ialah dengan mengamalkan makanan di bawah:
1. Betik
Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C dan mempunyai kandungan serat yang tinggi. Ia sesuai dimakan untuk melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit. Elok lebihkan serat dalam pemakanan harian bagi individu yang mengalami sembelit. Cuba ini: Punch buah-buahan perdana
2. Strawberi
Buah berwarna merah yang berasal dari negara bercuaca sejuk ini bukan sahaja cantik dan enak dimakan. Malah, ia berkesan mengatasi masalah sembelit di samping bertindak sebagai astringen bagi meredakan demam dan juga membersihkan gigi. Ia juga kaya dengan vitamin C yang baik untuk kesihatan kulit.
3. Cincau
Cincau mempunyai serat yang tinggi dan rendah kalori dipercayai mampu meredakan panas di dalam tubuh, demam, kembung perut, sembelit dan cirit birit. Selain itu cincau juga mampu membersihkan organ pencernaan dari zat karsinogen yang menjadi punca penyakit kanser. Cuba ini: Bandung cincau
4. Timun
Timun kaya dengan kandungan mineral. Ia juga mengandungi kalsium, fosforus, zat besi & Vitamin C. Masalah sembelit boleh diatasi hanya dengan makan timun setiap hari.
Mesti cuba: Salad Pudina Timun
5. Kucai
Daun kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. yang berfungsi sebagai antiseptik untuk membunuh bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus selain melancarkan pengaliran darah sekaligus mengelakkan berlakunya pembekuan darah. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.
Mesti Cuba: Telur goreng hancur ala cina
6. Pisang
Pisang mempunyai begitu banyak khasiat untuk kesihatan. Amalan makan pisang setiap hari dapat membantu menyelesaikan masalah sembelit. Pisang bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja malah boleh dijadikan hidangan minum petang yang enak sama ada dengan mengoreng atau dijadikan pengat. Cuba ini: Pengat pisang
7. Temulawak
Sembelit juga boleh diatasi dengan menggunakan batang dan rizom (ubi) muda temulawak atau nama saintifiknya Curcuma Xanthorriza. Caranya:
1. Ambil bahagian batang dan rizom (ubi) muda temu lawak.
2. Bersihkan, kemudian rebus hingga mendidih.
3. Setelah mendidih, tapis serta tuangkan air rebusan tadi ke dalam gelas.
4. Jika mahu, biarkan ia suam seketika dan minumlah secara perlahan-lahan.
Sehari sekurang-kurangnya boleh diminum sebanyak dua hingga tiga kali. Boleh juga diminum walaupun tidak mengalami masalah sembelit sebagai langkah pencegahan. Selain sembelit, ia juga diakui boleh mengatasi masalah najis berdarah.
8. Ciku
Individu yang mengalami masalah sembelit juga boleh amalkan makan buah ciku yang dihancur sehingga lumat. Amalan ini boleh disertakan bersama pengambilan sedikit air suam yang dicampur dengan sedikit garam sebelum sarapan pagi.
9. Lobak Merah
Lobak merah atau nama saintifiknya Daucus carota L boleh membantu menyembuhkan sembelit, mengubati sakit ketika buang air kecil, meningkatkan aliran ketika menstruasi dan menjaga kulit supaya sentiasa sihat. Cara terbaik menikmati manfaat lobak merah adalah dengan memakannya secara mentah.
2 thoughts on “7 langkah untuk cegah buasir”
Comments are closed.